Aku dah lame nak cite pasal ni. Pasti ramai org diluar sana tertanya2 tentang bab ni. So kat sini biar aku olah sedikit supaya boleh menjadi rujukan kpd rakan2, client2, serta ejen2 x kira baru @ lama.Halal @ haram? Ini adalah soalan yg selalu bermain2 @ dipermain2kan kpd masyarakat islam di Malaysia ini. 'Kedai ni ayam x sembelih!' 'Kedai ni USA pny, so haram!' 'Kedai ni xde cop halal, so xleh makan!' 'Hotel ni jual arak, so mknn die xleh makan!' Dan mcm2 lg kenyataan2 masyarakat islam malaysia di laman2 sosial mahupun di akhbar2..
Tetapi di dlm media malaysia pula (eg: TV3), tidak pula disebut kedai mane xleh makan, kedai ape yg ditarik sijil halalnya & sebagainye. Yg disebut di TV hanyalah - 'sebuah rangkaian restoran makanan segera terkenal', 'sebuah kopitiam yg terkenal' & sebagainya. Jadi kita sbg pengguna, bagaimana utk kita tahu? Adakah hanya dgn membaca status kwn2 yg mengatakan itu halal & ini haram?
Tp bkn pasal makanan aku nak cite hari ni. Tu sume mukadimah tu. Hari ni aku nak cite halal @ haram dalam insuran, takaful serta pelaburan & lain2 yg bersangkutan dgn kewangan kita. Ramai org bertanya aku, 'insuran ko ni halal x malau?', pastu ade jgk yg memberi pernyataan 'aku ragu2 la dgn pulangan yg aku dpt'. X kurang juga ade yg menyindir 'ko buat insuran ni, halal ke?'.
So meh aku kupas satu persatu. Konsep insuran ini adalah pengalihan risiko. Risiko kpd client adalah : client byr selama 30-40 thn, tak sakit2 & tak mati2. Tetapi risiko kpd company adalah: client byr sebulan, meninggal dunia & company kena byr 50-100k kpd waris client. So win-win situation. Namun, ramai org berpendapat bhw mengambil insuran spt berjudi (byr sikit, dpt pulangan byk). Syarikat insuran juga tidak memberitahu kemana dilaburkan duit client tersebut jadi wujud ketidakpastian dlm insuran tersebut (gharar). Jadi diwujudkan pula konsep takaful bagi memenuhi kehendak org islam di dunia ini.Konsep takaful pula menggunakan konsep kerjasama & kebajikan (menyerupai khairat kematian). Di dlm takaful ada tabbaru' (tabung) dimana duit2 yg disumbangkan client akan dimasukkan ke dalam tabung tersebut & terjadi ape2 kpd salah seorang client, duit itu yg akan digunakan utk membantu client tersebut. Jadi, client tahu kemana duit yg disumbangkan pergi & dari mana dtgnya duit bantuan tersebut menyebabkan ketidaktentuan itu (gharar) dpt diketahui. Syarikat2 yg mengendalikan takaful di negara ini juga dipantau oleh bank negara supaya tidak menyeleweng dari konsep takaful sebenar. Jadi tidak ade isu company itu lebih halal dari company ini & sebagainya kerana semua menggunakan konsep yg sama.Dari segi pulangan pelaburan pula, apabila ade yg mengatakan ragu2 dgn pulangan tersebut, sy berasa amat kecewa. Setiap sumbangan yg diterima syarikat takaful akan dilaburkan di bwh dana2 yg diluluskan syariah (syariah-compliant).
Apakah itu syariah-compliant? Syariah-compliant bermaksud dana2 ini mematuhi tuntutan syariah dari segi tempat pelaburan, cara pelaburan & sebagainya. Bermaksud hanya tempat2 yg ternyata halal & tiada keraguan shj dilaburkan sumbangan client itu. Juga pelaburan ini dipantau oleh majlis syariah yg dilantik syarikat supaya tidak berlaku keraguan terhadap pulangannya. Ahli2 di dalam majlis syariah ini pula mmg pakar dlm bidang kewangan islam ini.Jadi, tidak sepatutnya wujud keraguan dlm takaful & pelaburan islam ini. Jika kita kaitkan dgn perihal makanan td, kenapa kita mkn McD walaupun itu adalah company dari USA? Jwpnnya mudah, kerana JAKIM dh bagi sijil pengesahan halal kpd mereka. Adakah kita nampak bagaimana mereka menyembelih ayam @ dari mana mereka membeli daging? Tetapi apabila pihak yg bertanggungjwb sudah memberi jaminan halal, kita pun tidak ragu2 lg mkn McD. Btol x? Sama juga seperti dlm takaful. Jika kita ragu2 dgn majlis syariah kita sndri, pd siapa boleh kita harapkan? Kwn2 @ post2 di fb yg disebarkan berantai2?Sekian, renung2kan & selamat beramal!
No comments:
Post a Comment